ISLAM AMAT MENGGALAKKAN UMATNYA BERDOA DALAM SUJUD

6:09 PM Edit This 0 Comments »
Islam amat menggalakkan umatnya berdoa kepada ALLAH SWT. Terutama semasa sujud akhir dalam solat, sebagaimana sabda Rasulullah SAW:

Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: Sehampir- hampir sesorang hamba dengan Tuhannya( ALLAH) ialah semasa dia sujud. Oleh itu perbanyakkanlah doa( dalam sujud) kamu itu.

Dikuatkan dengan hadis yang lain, seperti berikut:

Ibnu Abbas r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda:...Ada pun rukuk, hendaklah kamu memuliakan dan membesarkan Tuhan padanya, MANAKALA sujud pula, hendaklah kamu berusaha dengan bersungguh-sungguh memperbanyakkan berdoa, kerana ( pada saat yang demikian) adalah layak doa untuk dikabulkan.

Rasulullah SAW bersabda: Saat yang paling dekat bagi sesorang hamba untuk berada disamping Tuhannya(ALLAH) ialah ketika sujud. Oleh itu, hendaklah kamu memperbanyakkan doa ketika sujud itu. Dan Baginda bersabda lagi: Ingatlah bahawa aku dilarang membaca Alquran ketika rukuk dan sujud. Dengan demikian, ketika rukuk hendaklah kamu membesarkan Tuhan( ALLAH), MANAKALA ketika sujud, maka usahakanlah berdoa dengan bersungguh-sungguh kerana pada waktu itu, ALLAH akan mengabulkan doamu.

0 comments: