Kegagalan jambatan utk kejayaan

8:24 AM Edit This 0 Comments »
Aku penah gagal.bukan sekali dua..tp byk kali..dari aku sekolah lagi smpaila kt u..kadang2 memang aku jeles sangat dgn sahabat2 aku yg berjaya..setiap kali periksa,aku memg nk keputusan yg cemerlang..aku study hard..tp rezeki x juge bpihak pd aku..mula2 mse aku mmg rase mcm nk ptus asa.kcwa..malu..smpai 1 tahap aku segan sgt nk bhadapan dgn sahabat2 aku..walaupn luaran aku nampak relaks,ceria..tp dalaman aku lemah..lg aku rase down,aku kne bhadapan dgn shbat2 yg demand,yg terlalu pandai..hingga kadang2 kebolehan yg aku ada x dipandang...memg hanya tuhan je yg tau..ya Allah..1 hari aku duduk termenung..aku btanya pd dri sendri knp aku sering kali gagal..kni aku sdar..ptama,tahap IQ aku x mcm mreka..mereka jenis mhafal..tp aku suke ikut kefahaman..so,aku kne byk wt lathan dan mbaca..kdua,mgkin aku ni byk bkhayal..sbb bile aku stdi n wt tugasan..aku rase takut n mesti aku pkrkn kgagalan lalu..lntas aku jd panik n x leh tumpu..ketiga,aku jenis yg x leh busaha dgn kdr yg skit..aku kne busaha lbh n byk..keempat,stlah aku beristightifar..bru aku sdar,aku diuji..Allah uji aku..uji kekuatan ht aku..emosi aku..aku yakin dgn ktentuanNya..Allah bg aku rase gagal.sbb Allah nak aku lbh brusaha..Allah nak aku tabah..terima kasih ya Allah..kgagalan yg aku alami dulu,adalah kejayaan aku yg tertangguh..sekrg,aku perlu kuat brusaha walaupn aku gagal lg..aku x malu utk gagal..tp aku malu skiranya aku bjaya dgn cre yg mudah..

---coretan malam ini---

Ya Allah

7:56 AM Edit This 0 Comments »

Ya Allah

Hati kecil ini bertanya lagi…

Adakah aku layak masuk ke dalam syurga yang indah?

Ya Allah…

Sesekali terlintas dibayanganku dosa-dosa…

Dosa-dosa yang telah aku lakukan...

Aku kufur dengan nikmat yg telah Kau kurniakan…

Aku memungkiri janjiku…

Aku sombong dengan kemewahan yang aku ada…

Aku lupa akan siksaan api nerakaMu…

Ya Allah…

Masih adakah ruang untukku ya Allah???

Ya Allah…

Kau bukakanlah pintu-pintu taubat…

Ya Allah…

Kau berikanlah hidayah dan pertunjukmu ya Allah…

Ya Allah…

Kau dengarilah rintihan hati hambaMu ini…

Hati dan jiwa ingin kembali ke jalanMu…

Ya Allah…

Kau bersihkanlah hati dan jiwaku…

Kau bersihkanlah minda dan pemikiranku…

Kau tetapkanlah hati dan jiwa ini agar aku sentiasa berada dalam agamaMu..

Ya Allah…

Dekatkanlah hatiku…

Dekatkanlah jiwaku…

Agar aku sentiasa mencintaiMu…

Agar aku sentiasa merinduiMu…

Agar aku sentiasa beriman kepadaMu…

Agar aku sentiasa bertaqwa kepadaMu…

Ya Allah…

Hati Ini (2)

9:15 AM Edit This 0 Comments »
Setibanya dirumah, ramai jiran telah menunggu . Adik-adikku, Farhan dan Nisa berlari-lari menuju ke ibuku sambil menangis. Adik-adikku…sabar ya sayang. Sayu dan sebak aku lihat keadaaan mereka. Ibuku terus memeluk adik-adikku. Aku memerhatikan sekeliling. Aku tertanya-tanya. Mana saudara maraku yang lain?

Setengah jam kemudian, pakcik dan makcik aku sampai. Aku dan adik-adikku duduk disisi mayat ayahku. Ya Allah…Ingin sekali aku kucup pipi ayahku tapi mayat ayahku masih berdarah dan dibaluti plastik. Sedang aku membaca surah Yassin untuk ayahku…

“Rasanya mayat arwah kena dibawa ke Johor Bahru, kebumikan disana..”, Kata salah seorang pakcikku.

Aku tertanya-tanya…kenapa perlu dibawa ke sana…kesian ayahku..dia perlu dikebumikan segera. Kenapa tidak dikebumikan di sini saja? Ya Allah..

Keluarga tiriku dan keluarga sebelah arwah ayahku beria-ria meminta mayat ayahku dikebumikan di Johor Bahru. Ibuku dan jiran-jiranku meminta untuk dikebumikan saja mayat ayahku disini kerana keadaan mayat ayahku yang masih lagi berdarah. Mayat ayahku perlu dikebumikan segera.

Pakcikku marah ibuku. Mereka salah sangka terhadap niat baik ibuku. Mereka menuduh ibuku hendak merebut mayat ayahku.Ya Allah…kenapa mereka berfikiran seperti itu?Setelah setengah jam bertegang urat, akhirnya ibuku mengalah dan mayat ayahku di bawa ke Johor Bahru.

Aku dan keluargaku segera bersiap-siap untuk bertolak ke Johor Bahru. Aku lihat wajah ibuku. Aku lihat wajah adik-adikku. Aku terdiam. Aku tergamam.

Setelah sampai di rumah keluarga tiriku di Johor Bahru, ramai jiran yang sedang menunggu. Jam menunjukkan pukul 10.00 malam. Dengan keadaan yang letih,lemah,sebak dan sedih, aku dan ibuku duduk disisi mayat ayahku. Kami membaca surah Yassin untuk ayahku.Ya Allah kau rahmatilah roh ayahku . Adik-adikku tertidur disisiku dan ibu. Mungkin kerana mereka keletihan.

Pagi yang suram….

Aku terjaga dari tidur.Aku mandi dan bersiap-siap untuk ke kubur. Setelah selesai solat jenazah, tetiba-tiba aku terdengar imam surau yang berdekatan dengan rumah keluarga tiriku memarahi pakcik-pakcikku

“Kamu tahu tak hukum jika kamu melengah-lengahkan masa untuk kebumikan mayat ini? Sanggupkah kamu melihat mayat ini tersiksa? Dan kamu sebagai abang dan adik kepada si mati, kenapa hanya sekerat sahaja yang menunaikan solat jenazah ini?Sedangkan bilangan kamu ramai.”

Kesemua pakcik-pakcikku terdiam.

Setengah jam selepas itu mayat ayahku dibawa ke tanah perkuburan. Sayu aku rasakan. Aku lihat semua ahli keluargaku, keluarga tiriku, pakcik dan makcikku menangis. Setelah mayat ayahku ditimbus tanah, air mata ini mengalir deras. Itulah saat terakhir aku melihat wajahmu ayah. Ketika talkin dibacakan, aku rasa takut untuk tinggalkan ayahku sendirian.Ayah………..

Setelah 3 bulan……………

Tunggukan sambungannya esok…

Hati Ini (1)

6:16 AM Edit This 0 Comments »

“Selamat sejahtera cikgu!”

“Selamat sejahtera.Ok murid ssemua boleh duduk.”

Pagi itu aku bersekolah seperti biasa. Tapi aku hari ini aku rasa tak sedap hati. Tak tahu kenapa aku rasa begini. Aku pandang wajah rakan-rakanku. Semua gelak ketawa sampai tak ingat dunia. Dalam hatiku berbisik, “ketawalah puas-puas.Ingat tahun ni kita UPSR”. Sesekali aku tertawa juga melihat telatah rakan-rakanku.

Dalam kelas aku diamkan diri.Aku pun tak tahu apa yang sedang melanda diriku. Aku rasa tak berminat untuk menumpukan perhatian dalam kelas.Hatiku resah. Tetiba aku memikirkan keluargaku. Ya, keluargaku kini bukan macam dahulu lagi. Berat untuk aku bayangkan kembali peristiwa yang berlaku. Tapi itulah pengalaman aku telah aku alami.

Ayah dan ibuku telah bergaduh 5 bulan yang lalu. Kini ayah dan ibuku tidak duduk sebumbung. Selama 5 bulan aku dan adik-adikku berulang-alik dari rumah ayah ke rumah ibu. Mujur mereka duduk tak jauh sangat. Begitulah jadual aku dan adik-adikku setiap hari. Berulang-alik dari rumah ayahku ke rumah ibuku. Hatiku rasa sedih. Setiap hari aku menangis

Peristiwa 5 bulan yang lalu…..

“Pang……………………………..” tamparan ayah kena tepat ke wajah lembut ibuku.

Aku dan adik-adik terkejut dengan reaksi ayahku. Aku takut. Aku ajak adik-adikku menyorok dibelakang pintu bilik kerana ketakutan. Aku lihat kepala ibuku berdarah disebabkan terkena bucu meja. Aku makin takut. Aku menangis lagi.Ayahku bukan sahaja tampar ibuku. Tetapi cuba untuk pukul ibuku dengan tukul besi. Ibuku meraung. Ayahku seperti dirasuk setan. Aku rasa seperti ingin menjerit. Tapi aku takut. Adik-adikku menangis semakin lama semakin kuat. Aku cuba tenangkan mereka sebab aku takut jika ayahku bertindak untuk memukul kami. Aku tidak sanggup kene pukul lagi dengan ayah.

Sewaktu aku menenangkan adik-adikku yang sedang menangis, tetiba ayahku campak baju ibuku ke lantai. Ayahku telah halau ibuku keluar dari rumah. Saat itu ingin sahaja aku merayu kepada ayahku jangan halau ibu dari rumah. Tapi aku takut. Ibuku dengan berat hati, mengemas barang-barang milik ibu keluar dari rumah itu.

Kenapa ayahku tegar memukul ibuku?Kerana ibuku balik kampung?Tapi ibuku keluar dengan izin ayahku.Kenapa ayah sanggup lakukan bergitu?Tak saying kah ayah pada ibu?Aku menangis.

*************************************************************************************”Kring…………………………………………………………”

“Terima Kasih Cikgu!”

“Terima Kasih murid-murid. Kamu boleh pulabg sekarang.”

Dalam perjalanan pulang dari sekolah aku masih memikirkan tentang keluargaku. Makin aku fikir, makin aku gelisah. Hatiku berdebar-debar.

Aku berjalan. Fikiranku melayang. Aku pandang langit. Mendung. Tapi kenapa aku rasa resah. Dalam hatiku berdetik, hari ini aku ingin pulang ke rumah ibuku. Aku teruskan perjalanan ke rumah ibu. Setiba di rumah ibu…

“Kring……Kring…………Kring…………”

Telefon bedering.

“Hello, Assalamualaikum.Nak cakap dengan siapa?”. Tanyaku.

“Waalaikumussalam.Ni Hanis ke? Ni Cik Ijah”. Balas Cik Ijah.

“Ya ni Hanis. Ada apa ya Cik Ijah?”.

“Hanis…Cik Ijah Nak bagitau. Tapi Hanis kena sabar ya nak.”.

Hatiku semakin berdegup kencang. Apa yang telah berlaku??

“Ya Cik Ijah. Kenapa ni?”,

“Ayah Hanis dah tak ada nak. Ayah Hanis kemalangan.”

Ya Allah! Aku bagaikan nak pengsan waktu itu. Aku tergamam. Air mata mengalir deras. Aku terbayang wajah ayahku.

Aku terus ke rumah ayahku. Aku cari adikku yang kecil tiada dirumah ayahku.Detik hatiku mungkin ibu telah mengambilnya keluar. Aku telefon ahli keluarga tiriku. Aku beritahu mengenai kematian ayahku. Adik-adikku yang lain masih disekolah. Makcik aku pergi ambil mereka dan aku dibawa ke hospital kerana ibu dan adikku yang kecil berada disana.

Hatiku berdebar sepanjang perjalanan ke hospital. Aku telah sampai ke rumah mayat.

Setiba aku di rumah mayat, aku lihat ibuku menangis. Aku peluk ibuku erat-erat. Aku lihat adikku yang masih kecil. Diam. Mungkin kerana dia tidak memahami apa-apa lagi. Ibuku suruh aku melihat jasad ayahku.

Aku mencari jasad ayahku.Ayah…ayah…mana ayah…Setiba satu bilik. Ya Allah! Alangkah terkejut. Aku seakan tidak percaya jasad yang aku lihat itu adalah ayahku. Aku pusing keliling jasad ayahku. Pedih dan sayu aku rasakan. Air mataku terus mengalir.

Aku lihat kepalanya. Hampir hancur. Darah banyak mengalir. Wajah ayahku tidak Nampak seperti wajahnya.Ya Allah…….Aku alihkan pandangan ke bahagian badan. Koyak. Terkeluar usus dari perutnya seperti ayam kena belah perutnya.Ya Allah…… Aku alihkan pandangan ke kaki.Hancur.Kakinya hampir putus, koyak…Ya Allah…..

Aku tergamam. Aku terdiam. Umur yang terlalu muda untuk aku telah lihat mayat seperti ini. Yang lagi pedih, mayat itu adalah ayahku sendiri. Aku lihat wajah ibuku. Aku lihat wajah adikku yang kecil. Sayu aku rasakan. Kini aku sedar dan aku redha yang aku telah kehilangan ayahku.

Menurut doktor, ayahku perlu dimandikan di hospital kerana pendarahan yang sangat teruk. Kami pasrah. Mayat ayahku perlu dibalut dengan plastik sebelum dikafankan. Ya Allah…aku ingin cium ayahku buat kali terakhir.Setelah siap dikafankan, mayat ayahku dibawa kerumah ayahku.

Setibanya dirumah……………..

Tunggukan sambungannya esok…

Contoh2 Rasulullah ketika menjadi suami di rumah untuk isteri

1:34 AM Edit This 0 Comments »
1- Menyayangi isteri dengan sepenuh hati

Rasulullah s.a.w. menyayangi Khadijah r.a. dengan sepenuh hati kerana isterinya merupakan satu nikmat Allah terbesar yang dikurniakan kepada Rasulullah s.a.w. Baginda amat menyayanginya kerana:

Khadijah tinggal bersama Baginda selama suku abad dan mereka sama-sama merasai saat-saat suka duka.
Dia membantu Baginda ketika suasana yang getir dan sukar.
Dia sama-sama membantu Baginda menyebarkan risalah Allah.
Dia menyertai Baginda dalam jihad menegak agama Allah.
Dia mengorbankan kepentingan diri dan harta bendanya.
Rasulullah s.a.w. bersabda: “Dia, Khadijah beriman denganku ketika orang ramai mengkufuriku, dia mempercayaiku ketika orang ramai mendustakanku, dia berkongsi denganku harta bendanya ketika orang ramai menghalangku.” (Riwayat Ahmad dalam Musnad Ahmad 6/118)

2- Romantik

Rasulullah s.a.w. juga merupakan seorang yang romantik. Bagaimana romantiknya Rasulullah?

Tidur bersama isteri dalam satu selimut – Daripada Atha’ bin Yasar: “Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. dan Aisyah r.a., selalu mandi bersama dalam satu bekas. Dan pernah suatu ketika Baginda tidur dengan Aisyah dalam satu selimut, tiba-tiba Aisyah bangun. Baginda kemudian bertanya, “Mengapa engkau bangun?” Jawab Aisyah, “Kerana saya haid wahai Rasulullah,” Sabda Rasulullah, “Kalau begitu, pergilah dan pakaikan kain dan dekatlah kembali kepadaku.” Aisyah pun masuk, lalu berselimut bersama Baginda.” (Riwayat Sa’id bin Manshur)
Saling memakaikan wangian – Aisyah berkata: “Sesungguhnya Nabi s.a.w. apabila meminyakkan badannya, Baginda akan memulai dengan auratnya, menggunakan nurah (sejenis serbuk pewangi) dan isteri Baginda meminyakkan bahagian lain daripada tubuh Rasulullah s.a.w.” (Riwayat Ibnu Majah)
Mandi bersama isteri – Daripada Aisyah r.a. beliau berkata, “Aku pernah mandi bersama Nabi s.a.w., menggunakan satu bekas. Kami bersama-sama memasukkan tangan kami (ke dalam bekas tersebut).” (Riwayat Abdurrazaq dan Ibnu Abu Syaibah)
Minum menggunakan bekas yang sama – Daripada Aisyah r.a. dia berkata, “Saya pernah minum daripada cawan yang sama walaupun ketika haid. Nabi mengambil cawan tersebut dan meletakkan mulutnya di tempat saya meletakkan mulut, lalu Baginda minum. Kemudian saya mengambil cawan tersebut lalu menghirup airnya, kemudian Baginda mengambilnya daripada saya, lalu Baginda meletakkan mulutnya pada tempat saya letakkan mulut saya, lalu Baginda pun menghirupnya.” (Riwayat Abdurrazaq dan Sa’id bin Manshur)
Membelai isteri – “Adalah Rasulullah s.a.w. tidaklah berlalu setiap hari melainkan Baginda mesti mengelilingi kami semua (isterinya) seorang demi seorang Baginda menghampiri dan membelai kami tetapi tidak bersama (bersetubuh) sehingga Baginda singgah ke tempat isteri yang menjadi giliran Baginda, lalu Baginda bermalam di sana.” (Riwayat Ahmad)
Mencium isteri – Daripada Hafshah, puteri Umar r.ha. : “Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. mencium isterinya sekalipun sedang berpuasa.” (Riwayat Ahmad)
Berbaring di pangkuan isteri – Daripada Aisyah r.a., “Nabi s.a.w. meletakkan kepalanya di pangkuanku walaupun aku sedang haid, kemudian Baginda membaca al-Quran.” (Riwayat Abdurrazaq)
Panggilan mesra – Rasulullah s.a.w. memanggil Aisyah dengan beberapa nama panggilan yang disukainya seperti Aisy dan Humaira‘ (si pipi merah delima).
Menyejukkan kemarahan isteri dengan mesra – Nabi s.a.w. memicit hidung Aisyah r.ha. sekiranya dia marah dan Baginda berkata, “Wahai Uwaisy, bacalah doa: “Wahai Tuhanku, Tuhan Muhammad, ampunilah dosa-dosaku, hilangkanlah kekerasan hatiku dan lindungilah diriku daripada fitnah yang menyesatkan.” (Riwayat Ibnu Sunni)
Memberi hadiah – Daripada Ummu Kaltsum binti Abu Salamah, dia berkata, “Ketika Nabi s.a.w. berkahwin dengan Ummu Salamah, Baginda bersabda kepadanya: “Sesungguhnya aku hendak memberikan hadiah kepada Raja Najasyi sepersalinan pakaian dan beberapa botol minyak kasturi, namun aku mengetahui bahawa Raja Najasyi telah meninggal dunia dan aku mengagak hadiah itu akan dikembalikan kepadaku, aku akan memberikannya kepadamu.” Dia (Ummu Kaltsum) berkata, “Benarlah keadaan Raja Najasyi seperti yang disabdakan Rasulullah s.a.w. dan hadiah tersebut dikembalikan kepada Baginda, lalu Baginda memberikan kepada isteri-isterinya sebotol minyak kasturi, manakala baki daripada minyak kasturi dan pakaian tersebut Baginda beri kepada Ummu Salamah.” (Riwayat Ahmad)

3- Menghormati dan menjaga perasaan isteri

Rasulullah s.a.w. merupakan seorang suami yang sentiasa menghormati dan menjaga perasaan isterinya. Suatu ketika, ketika Rasulullah hendak melaksanakan solat malam, Baginda mendekati isterinya Aisyah. Aisyah berkata: “Di tengah malam Baginda mendekatiku dan ketika kulitnya bersentuhan dengan kulitku Baginda berbisik, “Wahai Aisyah, izinkan aku untuk beribadah kepada Tuhanku.”

4- Tidak berkasar dan berlemah lembut dengan isteri

Berdasarkan sebuah hadis yang diriwayatkan dari Rasulullah s.a.w. bahawa pada suatu hari salah seorang isterinya datang dengan membawa makanan untuk dikirimkan kepada Rasulullah yang sedang berada di rumah Aisyah. Tiba-tiba Aisyah dengan sengajanya menjatuhkan makanan itu sehingga piring tersebut pecah dan makanannya jatuh berderai. Melihat sikap Aisyah tersebut, Rasulullah s.a.w. tidak berkasar dengan Aisyah sebaliknya dengan lemah lembutnya Baginda meminta Aisyah menggantikan makanan tersebut.

5- Membantu isteri

Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari, Aisyah r.ha. pernah ditanya seorang lelaki yang bernama Aswad tentang apa yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. ketika berada di dalam rumahnya? Maka Aisyah menjawab: “Rasulullah s.a.w. sentiasa membantu ahli keluarganya melakukan kerja rumah. Dan apabila tiba masuk waktu solat, baginda keluar untuk solat.”

Demikianlah beberapa contoh bagaimana Rasulullah s.a.w. menunjukkan akhlak yang sangat mulia. Kepulangan Rasulullah s.a.w. ke rumah bukan sekadar untuk beristirehat dan bermesra dengan ahli keluarganya sahaja. Bahkan, Baginda di rumahnya juga adalah untuk membantu isterinya menguruskan rumah tangga. Inilah yang Baginda lakukan walaupun mempunyai tugas dan tanggungjawab di luar rumah.

Kesimpulannya, kita perlu mencontohi akhlak dan keperibadian Baginda tersebut. Sesibuk-sibuk kita, tidak seperti sibuknya Rasulullah s.a.w. Setinggi-tinggi pangkat kita di tempat kerja, tidaklah setinggi pangkat dan darjat Rasulullah s.a.w. Maka apakah yang menghalang kita daripada membantu meringankan tugas dan urusan isteri kita di rumah?

Betapa besarnya pengorbanan Rasulullah s.a.w. sebagai seorang suami terhadap isterinya. Maka sebagai seorang suami, contohilah sikap Baginda ini ketika bermuamalah bersama isteri. Manakala buat para isteri, ingatkan suami anda tentang ciri-ciri suami idaman. Semoga berbahagia bersama pasangan anda!

DOA AKHIR DAN AWAL TAHUN HIJRAH

8:22 PM Edit This 0 Comments »
Doa Akhir Tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah.

Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata:

“Kesusahan bagiku dan sia-sia lah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun”

DOA AKHIR TAHUN HIJRAH



Maksudnya:

Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.

Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu.

Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah. Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka.


Barangsiapa yang membaca doa akhir tahun ini, maka syaitan akan berkata:
“Hampalah kami di sepanjang tahun ini”.


Doa Awal Tahun dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam satu Muharram.

Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata:

“Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah Syaitan”.

DOA AWAL TAHUN HIJRAH

Maksudnya:

Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.

Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia.

Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.