Hati Ini (3)

1:45 AM Edit This 0 Comments »

Setelah 3 bulan ayah meninggalkan kami..hidup semakin rumit..mak perlu bekerjah, siang dan malam utk mencari rezeki utk aku dan adik-adik..kadangkala hari cuti pun ibuku tetap bekerja. Bila ibuku tiada dirumah, akulah ibu, akulah ayah dan akulah kakak kepada adik-adikku..balik dari sekolah aku uruskan adik-adikku..kemas rumah..basuh baju..jika lauk habis, aku masak..tapi, paham2 je la kalau budak kecik memasak..kadang2 terlebih garam..kadang2 terkurang pula..

Kadangkala, bila ibuku balik dari kerja dan lihat rumah tidak berkemas, aku dimarahinya…kadangkala tubuhku dijadikan sasaran untuk dilepaskan kemarahannya..aku menangis…sakit sangat…kadang2 rasa macam nak lari..tapi aku diam…mungkin ibu terlalu penat bekerja..aku redha…

Di sekolah tidak dapat tumpukan perhatian sepenuhnya pada pelajaran..kerana penat dengan kerja-kerja rumah yang telah aku lakukan..setiap hari aku selalu kena marah dengan cikgu..aku diam..kadang2 bila balik dari sekolah aku menangis sendirian..menangis sebab mengenangkan nasib aku..UPSR makin dekat..tapi…………

Semenjak ibuku menjadi janda, ramai jiran-jiran yang tak senang duduk..kadangkala aku sakit telinga mendengar perli jiran-jiran terhadap ibuku…kononnya ibuku cuba mengoda suami orang…setiap hari ada saja fitnah yang mereka lemparkan....tapi aku diamkan diri..yelah…aku terlalu muda untuk menentang dan aku pun bukan jenis yang suka tuduh melulu…Ya Allah…berikan aku dan keluargaku kekuatan….

Ibuku dapat panggilan dari johor bahru……………………..

Tunggukan sambungannya…